Khamis, 24 November 2011

Bagaimana Nak Mula Pelaburan Emas





Salam sahabat emas…Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula pelaburan emas.Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari mana.Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram/skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.

Adakah mereka yang tahu mengenai pelaburan emas tidak menyampaikan info mengenai pelaburan emas ? Adakah pelaburan emas memerlukan modal yang tinggi ?
Adakah pelaburan emas tidak mendatangkan pulangan yang banyak dan cepat ?
Adakah sikap orang kita sendiri malas untuk mencari ilmu mengenai pelaburan emas ?

Baiklah , kita tinggalkan persoalan diatas kerana jawapannya tidak penting sama sekali.Apa yang penting tindakan.Tanpa tindakan kita tidak akan ke mana-mana.Jika anda sudah pun mengetahui tentang emas , saya rasa ia satu anugerah yang cukup bernilai dari Allah Taala.So tugas kita semua , sampaikan pada mereka yang belum @ tidak tahu mengenai emas.
So bagi meneruskan cerita emas pada kali ini , saya huraikan secara ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas / perniagaan emas.
  1. Sediakan modal yang mencukupi.Modal yang diperlukan dalam bentuk duit fiat dan ilmu mengenai emas ( ilmu boleh dipelajari blog ini secara percuma @  belajar secara langsung dengan orang yang berpengelaman ).
  2. Setelah anda mempunyai modal , terdapat 2 kaedah pelaburan emas.Kaedah pertama dengan beli/jual emas fizikal seperti dinar kelantan/kijang emas/emas public gold dan sebagainya.Kaedah kedua dengan membuka akaun pelaburan emas dengan bank Maybank atau Public Bank.
  3. Akhir sekali , anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa.
  4. jangan terlalu gopoh dan memikirkan keuntungan tanpa penat dan lelah.ingat tuan puan tiada rezki yang datang bergolek tanpa ad usaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan