Pajak Emas di Ar Rahnu Bukan Kerana Miskin
Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan…pembaca budiman yang saya hormati, apa khabar? Alhamdulillah, mudah-mudahan anda sihat hendak-Nya. Bagaimana dengan emas anda? Makin bertambah sihat ke?..Ai pelik ayat tu? Makin tinggi harga hari ini makin bertambah sihat la tu…maknanya makin bertambahlah untung pelaburan anda untuk masa hadapan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sekalian bagaimana pengalaman sahabat niaga saya ketika dia pertama kali membuat pajakan di sebuah ar rahnu di suatu tempat yang tak perlulah saya nyatakan di sini. Hal ini berlaku semasa permulaan masyarakat kita mengenal pelaburan emas. Ketika beliau berurusan untuk pajakan jongkong emas 100g, nilai pinjaman yang diperolehi adalah dalam lingkungan RM9K lebih pada ketika itu. Selepas membuat pajakan, pegawai arrahnu disitu memberitahu kepada beliau secara sepontan, “Encik! Biasanya orang miskin je yang pajak ar rahnu ni!!!” Beliau terpinga-pinga, lalu beredar keluar dari ar rahnu tersebut beserta wang pinjaman tersebut.
Dalam hal ini, apakah persepsi kita mengenai pegawai arrahnu tersebut terhadap sahabat saya ini?
1. Beliau menganggap bahawa orang miskin sahaja yang biasa membuat pinjaman arrahnu ini, jadi orang yang datang buat pajakan adalah semua di anggap miskin.
2. Mungkin pada fikiran beliau, emas yang digadai adalah untuk digunakan untuk membayar hutang kerana pinjaman yang diberi dalam nilai yang banyak.
3. Pada ketika itu beliau bersangka tidak baik terhadap sahabat, nampak seperti orang miskin tapi sebenarnya dia adalah seorang tokey emas!
4. Beliau sendiri yang tidak faham atau belum mengetahui apa fungsi sebenarnya ar rahnu dalam sistem manipulasi emas pada ketika itu. (Mungkin hari ini beliau sudah paham!)
Jadi sesuai ke tidak ayat diatas digunakan untuk pemajak-pemajak emas di arrahnu pada hari ini? Sama-sama kita fikirkan!

ZAKAT EMAS PERAK

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca,
Hari ini saya ingin berkongsi satu perkara yang wajib mengenai emas iaitu zakat emas.
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Rujukan : zakat.com.my
Pesanan saya:
“Carilah kurniaan Allah di muka bumi ini,supaya kita mengetahui betapa Maha Kaya Allah dan banyak nikmat Kurniaan-Nya kepada sekalian hamba…supaya nanti kita tergolong daripada kalangan orang-orang bersyukur dan taat setia akan segala suruhan dan larangan-Nya”
Terima kasih. Ok, selamat menyimpan emas dan JANGAN lupa berzakat !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan