Pajak Emas di Ar Rahnu Bukan Kerana Miskin
Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan…pembaca budiman yang saya hormati, apa khabar? Alhamdulillah, mudah-mudahan anda sihat hendak-Nya. Bagaimana dengan emas anda? Makin bertambah sihat ke?..Ai pelik ayat tu? Makin tinggi harga hari ini makin bertambah sihat la tu…maknanya makin bertambahlah untung pelaburan anda untuk masa hadapan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sekalian bagaimana pengalaman sahabat niaga saya ketika dia pertama kali membuat pajakan di sebuah ar rahnu di suatu tempat yang tak perlulah saya nyatakan di sini. Hal ini berlaku semasa permulaan masyarakat kita mengenal pelaburan emas. Ketika beliau berurusan untuk pajakan jongkong emas 100g, nilai pinjaman yang diperolehi adalah dalam lingkungan RM9K lebih pada ketika itu. Selepas membuat pajakan, pegawai arrahnu disitu memberitahu kepada beliau secara sepontan, “Encik! Biasanya orang miskin je yang pajak ar rahnu ni!!!” Beliau terpinga-pinga, lalu beredar keluar dari ar rahnu tersebut beserta wang pinjaman tersebut.
Dalam hal ini, apakah persepsi kita mengenai pegawai arrahnu tersebut terhadap sahabat saya ini?
1. Beliau menganggap bahawa orang miskin sahaja yang biasa membuat pinjaman arrahnu ini, jadi orang yang datang buat pajakan adalah semua di anggap miskin.
2. Mungkin pada fikiran beliau, emas yang digadai adalah untuk digunakan untuk membayar hutang kerana pinjaman yang diberi dalam nilai yang banyak.
3. Pada ketika itu beliau bersangka tidak baik terhadap sahabat, nampak seperti orang miskin tapi sebenarnya dia adalah seorang tokey emas!
4. Beliau sendiri yang tidak faham atau belum mengetahui apa fungsi sebenarnya ar rahnu dalam sistem manipulasi emas pada ketika itu. (Mungkin hari ini beliau sudah paham!)
Jadi sesuai ke tidak ayat diatas digunakan untuk pemajak-pemajak emas di arrahnu pada hari ini? Sama-sama kita fikirkan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan